Thursday, February 10, 2011

L O V E is

“Have you ever been in love? Horrible isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up. You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor, so that nothing can hurt you, then one stupid person, no different from any other stupid person, wanders into your stupid life...You give them a piece of you. They didn't ask for it. They did something dumb one day, like kiss you or smile at you, and then your life isn't your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so simple a phrase like 'maybe we should be just friends' turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt, a real gets inside you and rips you apart pain. I hate love.”


*sometime i think love is bullshit.

Tuesday, February 8, 2011

yang aku perasan

lelaki suka pakai baju/T-shirt yang sama.



ini adalah statement bukan rumour oke ? aku perasan lar kan kebanyakan guys is always wear the same t-shirt. tak tahu lar diaorang ni memang terlalu 'cinta' kat t-shirt tue atau tak de duit nak beli the new t-shirt or apa, tapi setiap kali keluar memang t-shirt tue jew yang di pakai nya.kalau t-shirt tu still nampak baru tak pe lar jugak.ni da sampai warna hitam dah tukar warna putih, ape kehe ?? sadis punya soalan kan ? haha. tapi kan dah banyak lelaki yang aku kenal and they wear the same t-shirt mana mana pom dia pergi. memanjat gunung, dating, berjogging sume nya pakai t-shirt tu jew.. adoii.. korang ni memang suka pakai baju yang sama kew apa ha ? kadang kadang kan rasa jew nak tanya lelaki lelaki sedemikian, ' weh, asal ko suka pakai t-shirt ni ? '. tapi agak agak lar kan nak tanya camtue. sorry lar aku ni penyegan.haha.


oh. mungkin korang ni berjimat cermat kot. oke oke. alasan tu ley di terima. tapi ingat jangan sampai baju tu dah berlubang sana sini korang still pakai. kalau orang tanya ley pulak korang cakap tu trend terkini. confirm orang tak caya. akhir kata, lau korang ni betol betol tak de duit nak beli baju datang lar kat aku.buat loan. confirm aku tolong. tapi kadar bunga dia agak tinggi lar. apa ? korang tak puas hati kadar bunga dia tinggi ? agak agak ar beb, wa pon tak de duit jugak. sekadar berlagak tu bley lar......hahaha

Wednesday, February 2, 2011

duit dan perempuan


aku perempuan. aku suka duit. duit sama dengan perempuan. perempuan sama dengan duit. is it true ? the hell is YES. ok. kenapa aku cakap cmtue ? betol korang giler curious nak tahu ?? ok ok. meh aku kasik tahu.

lumrah perempuan ni suka kan kebendaan. ya. rumah besar, kereta besar, laki besar ( maksud aku poket penuh ), alat alat make up yang serba canggih, dress yang anggun, kasut 3 almari dan segala galanya yang berkaitan dengan $$. korang(jejaka) kalau nak meng'usha' perempuan wajib ada duit. kalau tak, sorry lar bro, wa tak layan ok ? well, money are not everything but everything need money. right ?


tapi fakta tu semua orang dah tahu tak kira lelaki or perempuan. satu perkara yang hanya lelaki tak tahu is perempuan juga punya harga yang jauh nilainya nak di bandingkan dengan duit dan harta. harga yang aku maksudkan di sini ialah harga sekeping hati. yes. memang tak aku nafi, semua perlukan duit. even nak masuk toilet pon pakai duit. tapi kalau lu nak beli beli hati wa, 100000000 pon wa tak jual punya. kenapa ? sebab Allah dah jadikan dalam diri seorang hawa itu satu perasaan (kasih sayang) yang melebihi segala galanya. ok aku bagik contoh lar. ni base on pengalaman aku sendiri.

aku ada kenal seorang mamat. dia ni memang kaya dan mungkin terlampau kaya sampaikan boleh dia nak kasik sebuah kereta VIOS (vios tuuuuuuu jangan main main haa), satu handphone dan satu laptop sebagai hantaran kalau aku kahwin dengan dia. *wth ?* dan setiap hari sepanjang perkenalan aku dan dia ada jew barang yang dia nak kasik and dah terkasik(aku teramik secara tak sengaja.hehe). but guy is always a guy.  dia ni selalu nak kebaikan dia di balas or ayat yang lagi tepat, dia buat kebaikan untuk mendapatkan 'balasan'. lumrah lar kan.LELAKI..sape tak kenal..haha..(betol lar kan kan ?) mungkin di sebabkan dia ni berharta so dia ingat dia boleh beli hati seseorang macam dia borong barang barang dapur kat mydin. but he's totally wrong. mungkin seorang lelaki boleh takluki seorang perempuan menggunakan duit dan harta tapi yang pasti terkecuali adalah hatinya. yup.memang hati aku langsung xde untuk dia.even 1 per 100. perasaan, hati tak dapat di nilai dengan apa pon. perasaan cinta sayang kasih bukan nya hadir dengan nilai duit tetapi hadir dengan nilai ketulusan dan persefahaman, bukan jua dengan budi dan kebaikan melainkan hadirnya dari sang pencipta alam. cinta tidak boleh di paksa. hati tidak boleh terpaksa dan diri tidak boleh memaksa.

moral of the story is perempuan dan duit sememangnya sinonim tapi hati perempuan dan duit seriously tersangat lah antonim.

ohlelaki.

Entri ni aku tulis di sebabkan permasalahan abang aku dan gf nya. Memang susah kan kalau pasangan kita xmemahami kita macam yang kita nak. Abang aku selalu cakap kat aku yang gf dia ni langsung xmemahami dia. Diaorang asyik gaduh. Gf dia selalu bersikap sinis and berbagai bagai lagi lah. Ye lar. Bila dah xmemahami akan timbul banyak persepsi persepsi yang kurang menyenangkan. Padahal masa hubungan tue ok, kentut dia pon bau wangi kan ? jangan salah paham k. tue Cuma perumpamaan. Hakikat nya, tiada kentut yang wangi. Sumpah tak tipu.caya ke tak, lu cuba lah sendiri.haha.

Aku selalu dengar orang orang cakap even diri aku sendiri pon pernah cakap mcm ni, “ susah nya nak phm lelaki ”, “ aku xpaham lah nga perangai diaorang ni(lelaki)”, “ I xpaham apa mahu you(lelaki) “. Aku akui, lelaki ni memang makhluk Allah yang rumit. And same goes to guys, mesti cakap xpaham perangai perempuan. Tapi hari ni, aku nak cakap sal lelaki. Sal perempuan lain entri bila dah terbukak hati ni nak buat, aku buat.hehe. ok. Berbalik pada topik hot di atas, aku nak share tentang pengalaman aku sendiri, sesuatu yang pernah aku lalui.

Pengalaman berkapel aku dan si dia. Ok.Di awal cerita, aku dan Z(pasangan aku) memang xpernah kenal antara satu sama lain. Tapi pernah cakap cakap kat phone sebab dia ni membe kawan aku. And ada satu malam dia cakap dia suka aku and nak aku jadik gf dia. Masa tu aku memang single and dah dua taon xamek tahu sal couple ni. Entah kenapa, aku time Z, aku setuju untuk jadik gf dia. Awal hubungan memang xde masalah. Mungkin sebab jarak yang dekat dan leh katakan tiap tiap minggu kitaorang jumpa and keluar bersama. Masa tu memang kitaorang happy. Tapi afta 3 bulan lepas kitaorang couple, aku tukar kampus. So start hari tue, kitaorang dah jaoh. Cuma contact guna phone and sometime YM. Di pendekkan cerita, sepanjang aku dan dia jaoh, kitaorang selalu gaduh. Dia da jarang contact aku. Apa yang aku fikirkan masa tu, is he have another girl there ?. annoying kan bila dah sampai tahap tu pemikiran aku. Memang rasa dah xley nak caya kat dia. Masa tu siyesly, kitaorang asyik putus couple putus couple and putus couple. Masuk bulan ke-10, kitaorang putus seminggu. Memang aku akui perit, sakit and lemah semangat sangat sangat. Tapi dalam masa seminggu tu aku cuba carik mana silap aku. Hanya satu yang aku jumpa, aku dan dia xcuba untuk memahami antara satu sama lain.  Perasaan, persefahaman di masa dekat sangat berbeza dengan perasaan dan persefahaman yang harus ada semasa berjauhan. Dalam masa seminggu tu jugak aku mengkaji perangai dia, mengkaji sebab yang buat kitaorang gaduh. And akhirnya, aku tahu puncanya dan sampai sekarang aku dapat takluki dia. And now, aku buleh katakan sebenarnya, lelaki tu adalah makhluk Allah yang penuh perasaan kasih dan kasihan. Ya, perasaan kasih seorang lelaki sebenarnya mampu mengatasi segalanya demi perempuan yang dia cintai. Ya, perasaan kasihan lelaki terlalu dalam untuk perempuan yang di kasihi.

So, di sini aku nak kongsi apa yang perlu ada pada seorang perempuan untuk membahagiakan pasangan(lelaki) ;

Memahami
  
Hal yang paling penting asas dalam satu perhubungan. Tak kira lelaki mahupon perempuan harus saling memahami. Tapi ingin aku tekan kan disini ialah, perempuan amat perlu memahami lelaki. Antara sebab nya ialah, perempuan mengikut emosi(perempuan =  9 nafsu, 1 akal). So secara logiknya, mood perempuan berubah ubah mangikut apa yang dia lalui pada hari tersebut. Jadi wajarlah lelaki susah mengerti dan memahami perempuan. Tetapi perempuan mudah memahami lelaki. Sebabnya, lelaki menggunakan kewarasan akal (lelaki = 9 akal, 1 nafsu). Emosi lelaki tidak berubah ubah dan lelaki lebih cool.pola hidop lelaki hanya sekata berbanding perempuan yang ada masa turun dan naiknya. Jadik secara logik nya, terlalu senang untuk menakluki satu nafsu tersebut, cuma perlu kekreatifan individu tersebut.


Penghormatan

Lelaki sangat sinonim dengan penghormatan.seperti yang kita sedia maklum, lelaki dan ego adalah satu. Jadik lelaki sangat memerlukan penghormatan tidak kira oleh sesiapa pun. Sebagai contoh satu couple, A(lelaki) menyuruh B(perempuan) tidur awal. B seharusnya mengikut kata-kata A. di situ terletaknya satu tanda hormat apabila arahan A di ikuti oleh B. oleh itu A akan rasa di hormati dan itu bermakna anda(perempuan) sudah menakluki lelaki itu. Kasih sayang lelaki akan semakin bertambah terhadap perempuan yang menghormatinya.

p/s : cukuplah kalau cakap depan lelaki tue yg ko nak tido. Lepas tu ko nak wat apa buat lah. Bukan dia nampak pon kn. Cuma buat dia nampak yang kita(perempuan) hormat kat dia (lelaki)jew.

Penghargaan

Setiap manusia perlukan penghargaan. Tapi bagi makhluk yang bernama lelaki ni, diaorang perlukan perhargaan yang lebih sket( mengadakan ?). satu lagi berkaitan dengan ego. Ya. Lelaki perlukan penghargaan terutama dari insan yang di cintainya. Penghargaan tersebut penting bagi membuktikan yang lelaki ni sememangnya makhluk Allah yang di ciptakan untuk melindungi perempuan yang lemah ( sebenar perempuan lagi kuat dari lelaki.agaga ). And yes, lelaki memang suka kan perasaan boleh melindungi. So girls, senangkan nak takluki lelaki ni. By the way, penghargaan bukan nya bermaksud menghadiahkan sesuatu tetapi memadai dengan ucapan, ‘ thank you awak’, dan itu sudah mampu membuat hati lelaki tersenyum sekaligus cair.

Dorongan a.k.a sokongan

Lelaki amat perlukan sokongan dan dorongan. Walaupon kadang kala cara dan pemikiran diaorang bercanggah 70 persen dari pemikiran perempuan, tapi percaya lah bahawa hal yang terbaik yang harus di lakukan ialah memberi sokongan padu kepadanya. Dan hasilnya, ya, pasti sesuatu yang tak terduga oleh kita. Lelaki boleh melakukan hal yang di luar logik akal bila membawa bersama keyakinan pasangan nya. Kerana sudah lumrahnya lelaki untuk berjuang dan adalah satu kepuasan bagi diri nya apabila berjaya menggembirakan hati perempuan yang di kasihi nya.

Kepercayaan

Lelaki perlukan kepercayaan. Yakin lah pada dia dan sentiasa percaya atas setiap kelakuan dan perbicaraan nya. Lelaki sangat menghargai kepercayaan yang di berikan kepadanya dan kepercayaan yang anda berikan pasti di balas nya dengan kejujuran.

Senyuman

Senyuman yang tulus dari pasangan adalah hal yang sememangnya di damba kan oleh setiap lelaki. Selemah lemah lelaki, tidak kira kerana sakit, mahupon kerana masalah di tempat kerja, mereka akan menjadi kuat apabila memandang wajah pasangan nya yang berukir senyuman. Penguat semangat mereka terletak pada senyuman indah permaisuri hatinya.

Lastly, pesanan aku kepada perempuan perempuan tidak kira yang tgh bercinta mahupon yang sudah berumah tangga, elakkan memarahi pasangan anda. Kerana lelaki paling tidak suka sesuatu yang bersifat mengongkong, yang bersifat memaksa, yang bersifat keras pada seorang wanita. Sebaliknya, diam adalah jalan terbaik apabila kita tidak menyukai atau marah pada lelaki. Kerana diam perempuan pada lelaki adalah merajuk. Dan lelaki amat hebat dalam hal memujuk. Maka dalam proses memujuk tersebut, anda(perempuan) boleh menyatakan ketidakpuasan hati anda kepada pasangan anda kerana pada masa itu lelaki sangat lembut dan bertimbang rasa.
So, kepada semua perempuan, selamat mencuba. Semoga hubungan anda berkekalan bahagia J


kalau kekasih ku sakit ?

Nape aku memilih tajuk ni ? kisah nya begini. Semalam abang aku call and tanye aku satu soalan. Soalan tue mcm ni, “ kalau ko lelaki and ko dah bertunang dgn sorg perempuan yg sakit , ko nak xnikah dgn pereempuan tue ?”. macam pelik jew kan soalan abg aku neh. Dye bertanya mcm aku ni lelaki. Memang aku blur jap. then aku cakap, “ yes, aku nak”. Dye pon Tanya ape reason aku. Sejujurnya kalau aku ni lelaki, then awek aku sakit, aku tetap akan menikahi dye sebab bagi aku, tiada yang lebih membahagiakan selain menikahi seseorang yang mencintai kita, yang menerima kita seadanya. Cukuplah sekejap merasai keindahan alam pernikahan bersama yang tersayang. Dan itu aku anggap sebagai jodoh yang dah tersurat. then, abg aku cerita satu kisah dan ia ada kaitan dgn seorang kawan dye yg dalam di lema. Cite dye..

Kawan aku dah bertunang dengan sorg pompuan. Dye bertunang dgn pompuan tue atas permintaan family girl tersebut. Kalau nak di ikutkan diri and family, dye memang xnak bertunang lagi bukan kerana xmampu tapi sebab dye belom bersedia. Then, afta bertunang pompuan tue nga family dye menggesa tuk menikah. Kawan aku da rase pelik. Then dye tanya pompuan tue kenapa nak cepat menikah. Awal awal nye pompuan tue cakap, mende baek memang nak di percepatkan. Tapi alasan tu belom cukup kukuh untuk menutupi persoalan yang selalu bermain di minda. Bila dah asyik bertanya soalan yg sama, akhirnya pompuan tu menangis and cakap yang sebenarnya dye ni sakit and penyakit yang dye hidapi memang dah xley nak sembuh and penyakit tu berjangkit (hepatitiss B + hepatitis C). so, skg ni kawan aku ni dalam di lema samada nak teruskan pernikahan atau tinggalkan je pompuan tu. Permasahalahan lain nya, kawan aku ni terlalu baik dan dye xsampai hati nak tinggalkan pompuan tu.



Memang susahkan bila semua berkaitan dengan kasih sayang dan simpati. Tapi bagi aku, aku merasa adalah wajar lelaki tu tinggalkan perempuan tu. Mungkin ia kelihatan seperti manusia yang tak berperikemanusiaan tapi hakikatnya, itulah pengakhiran yang terbaik. Lelaki yang masih punya ibu ayah, tanggungjawab nya pada kedua mereka lagi besar. Kenapa aku mengaitkan ibu bapa ? ok. Cuba bayangkan, if that guy menikah dengan perempuan tu pastinya ada hubungan kelamin antara mereka. And penyakit tu secara tidak langsung dapat melebarkan sayap nya dengan lebih luas dengan memasuki tubuh lelaki tersebut. So bila lelaki tu balik kampong (of course lar wajibkan seorang anak terutama anak lelaki jumpa  ibu ayah untuk laksanakan tanggungjawab sebagai anak), penyakit tu akan tersebar dan akibatnya, ibu ayah adik beradik yang xbersalah akan terkena sama. And penyakit tu xkan hanya berhenti kat situ. Mungkin saudara mara pula akan terkena. Lagi banyak orang kesayangan kita yang akan menderita berbanding hanya seorang orang yang kita sayang menderita. Memang betol. Cinta itu memerlukan pengorbanan yang sangat hebat. Dan demi cinta terhadap orang orang yang tersayang adalah wajar untuk kita melepaskan cinta terhadap orang yang kita sayang. Hakikat memang selalu pahit. Namun ia tetap sebuah hakikat yang tetap kan menjadi hakikat selamanya. Jadi, wahai lelaki(kawan abg aku), relakan lah sebuah perpisahan kerana ia tidak lah begitu menyakitkan di banding dengan berpuluh perpisahan. Dan semoga perempuan itu mengerti bahawa Allah lebih menyayangi nya lalu di berinya satu ujian yang tersangat berat. Sesungguhnya jalan Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambanya.